Startup vs Covid-19

PEMBIAYAAN TECHNOLOGY START-UP FUNDING RELIEF FACILITY (TSFRF) BERJUMLAH RM100 JUTA DILULUSKAN KERAJAAN (Press Conference)

PUTRAJAYA, 8 MEI 2020 - Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah bersetuju memberi peruntukan kepada Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) sehingga RM100 juta bagi membiayai program
pembiayaan Technology Start-up Funding Relief Facility (TSFRF) dalam usaha membantu syarikat-syarikat start-up teknologi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Berdasarkan satu tinjauan yang dilaksanakan oleh MaGIC pada 4 April 2020, hampir 50% syarikat start-up memerlukan di antara RM500,000 sehingga RM1 juta untuk memastikan kelestarian perniagaan sepanjang tahun 2020. READ MORE

BizTalks: 'MOSTI's Innovative Initiatives to Address the Ongoing Pandemic'

Jom sertai sesi webinar BizTalks anjuran EU-Mcci yang menampilkan YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI pada 24 April 2020 jam 11:00 pagi yang akan membincangkan topik mengenai 'MOSTI's Innovative Initiatives to Address the Ongoing Pandemic'
 


Untuk menyertai BizTalks ini, sila daftar di sini: https://www.eventbank.com/event/mosti-s-innovative-initiatives-to-address-the-ongoing-pandemic-21931/

Kesan Perintah Kawalan Pergerakan dari Kaca Mata Saintifik

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki fasa kedua. Apakah kesan PKP dari kaca mata saintifik?

Ikuti perbincangan kami secara langsung mengenai topik tersebut pada jam 3.00 petang esok (Selasa, 7 April 2020)

Moderator:
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Barisan panel :
1️⃣ YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood - Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri Mengenai Kesihatan Awam

2️⃣ YBrs. Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin - Pakar Psikiatri, Universiti Malaya

Membina Daya Ketahanan Dalam Sektor Teknologi

Sesi kali ini akan membincangkan mengenai agenda kerajaan dalam pemerkasaan sektor teknologi serta peranan yang dimainkan oleh agensi dana modal di bawah MOSTI dalam keadaan ekonomi mencabar susulan wabak COVID-19 yang melanda ketika ini.

Moderator:
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Barisan panel :
1️⃣ YBrs. En. Razif Abdul Aziz - Acting Group CEO, Cradle Fund Sdn Bhd

2️⃣ YBrs. En. Shahril Anas Hasan Aziz - Acting CEO, MavCap Berhad

3️⃣ YBrs. En. Nizam Mohamed Nadzri, CEO MDV berhad

New Entrepreneurs Foundation (1023132-X)

1st Floor, Block R-07, Oasis Square,
No.2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Damansara,
47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Telephone No: +603-785 99410

Fax No: +603-785 98410

E-Mail: admin@myNEF.com

  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean

© 2018 by New Entrepreneurs Foundation