myNEF Mencari Pencipta Komik Berbakat



CYBERJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Yayasan Usahawan Baharu (myNEF) sedang mencari 20 pencipta komik bebas berbakat bagi mengikuti program pencepat khas selama tiga bulan, ComicXcel, mulai Disember ini.


"Kami tahu terdapat ramai bakat di luar sana, tetapi isunya ialah mereka tidak digilap sepenuhnya.


"Kami mahu mencari bakat dalam industri dan membimbing mereka bagi mengoptimumkan potensi mereka dalam pasaran," kata Pengerusinya, Ashran Ghazi kepada Bernama di acara Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT 2014) di sini, hari ini.


ComicExcel, platform untuk membina kerjaya pencipta komik bebas tempatan, dilancarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah semalam dan dibuka untuk pendaftaran melalui laman sesawangnya www.mynef.com.


Program pencepat itu disasarkan kepada bakat dan syarikat yang ingin memulakan perniagaan dalam industri kandungan kreatif.


Di bawah ComicXcel, peserta mengikuti program intensif dengan kerja kreatif mereka diberikan sedikit pendedahan.


myNEF bekerjsama dengan Degwet Media Sdn Dhd, platform komuniti komik dalam talian, bagi membantu menerbitkan kerja ke dalam kompilasi komik.


Ashran berkata, peserta menjalani proses pra pemilihan selama dua minggu sebelum proses senarai pendek.


"Kami mencadangkan mereka bermula ComicXcel dulu. Bermula dengan komik dan kemudian kami akan melihat sama ada kerja anda boleh ke televisyen, animasi atau jenis sampingan lain yang tidak anda sedari," katanya.


myNEF ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh penggiat industri dengan kerjasama kerajaan. Ia menyokong pembangunan teknologi dan maklumat tempatan serta industri kreatif melalui pelbagai program strategik.


-- BERNAMA

New Entrepreneurs Foundation (1023132-X)

C-11-03, Sunway Nexis Biz Suite
No 1, Jalan PJU 5/1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor,

Malaysia

Telephone No: +603-6145 0937

E-Mail: admin@myNEF.com

  • Facebook Clean
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean

© 2018 by New Entrepreneurs Foundation